About Me

My photo
nm yang di beri oleh mak n ayah tersayang ialah NORKHALBI BINTI HASHIM. pngl BIE je k... sy asal KEDAH. sy ni simple jer orangnye.... biase2 jer.... huhu.... yg penting sy ni suke sgt MAKAN.... (^_@)

Saturday, December 7, 2013

                             RINDU KAT BLOG YANG DAH BERSAWANG NIE......
                                 
                                       AKHIRNYA DAPAT JUGAK UPDATE.


assalamualaikuuuummmm...........
rindunya kat blog ni. dah lm tak update. setahun lebih!
bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan TAPI setahun lebih dah tak update.
kalulah rumah yang di tinggalkan mungkin dah penuh ngan anai-anai, semut, sawang dan sebagainya.
huhu..... rindunya.
urmmmmmm, malam ni nak update apa ye?

nak cerita tentang kerja lah....
keje yang sangat saya suka.
kerja saya sekarang ialah menjadi guru tadika.
inilah cita-cita saya selama ni.
saya suka kerja saya.... hmmm, nk cari pengalaman banyak-banyak pastu kalau diizinkan ALLAH saya nak bukak tadika sendiri. INSYAALLAH......
hehe...... macam buat karangan pulak.

Malas nak taip banyak-banyak. korang tengok la sniri gambar ni......

  anak-anak belajar solat...


  peace!!! saya dah mandi... huhu


                                sambutan Hari Guru. teacher kena beratur, student jadi pemerhati                                  plak.... huhu.....


  Hadiah Hari Guru. dapat jugak. hehe... rasa di hargai.
  p/s: sengetkan kepala korang. haha....


      Teacher's Training. cikgu tadika pon ada training taw...
              p/s: yang ni pon kena sengetkan kepala korang tu... huhu....


                    persembahan tarian semasa Majlis Ihtifal. Anak-anakku yang berusia 4 tahun pon pandai           menari.


        lawatan ke akuaria...


  seronok betul dorang dapat tengok ikan.

SEKIAN..................
JUMPA LAGI DI EPISOD AKAN DATANG.

Wednesday, April 18, 2012

MY NEW LIFE

assalamualaikum semuaaaa...... 
rndunya kat blog ni. dah lama x update.
penuh sawang dah ni........ 
huhuhuhu.........

Nak cita kehidupan baruku.... 
haaaa, nak taw tak?
huhu.....
sekarang, aku dah stat keje... 
bez gak keje baru ni. 
tapi kehidupan sebagai seorang pelajar lg seronok.
dah dewasa pon sekarang. so, kena la fikir masa depan...,
pekerjaan sekarang mengajar aku menjadi lebih dewasa dan mengajar aku cara berfikir dengan lebih rasional.
alam pekerjaan juga mengajar aku bertindak dengan tenang.
kehidupanku agak busy kini.... hehehe.....
ok lah, nk wat keje ni...
byeeee.....

Thursday, June 9, 2011

4 mei 2011

pada 4mei 2011, hari rabu selepas azan asar, aku  telah dikejutkan dengan  satu panggilan . aku telah menerima suatu berita yang tidak disangka-sangka. selepas mendapat panggilan tersebut,  aku terus pulang ke rumah. perjalananku dirasakan sangat jauh. dari seremban ke kedah mengambil masa 7 jam. 

aku tiba di rumah pada pukul 7 pagi. setibanya aku dirumah, aku terus memeluk kakakku yang berada disebelah adikku. aku hanya mampu melihat adikku yang terbujur kaku di tempat yang telah disediakan. badannya sejuk sekali. aku sempat mencium dahinya. amat sedih ketika ini namun aku perlu kuat untuk menghadapi semua ini. 

kemudian, aku mencari ibu dan ayahku. mereka berada di bilik. apabila aku masuk ke bilik,  ayah dan ibuku terus memelukku. mereka juga sedang bersedih. selepas ini, akulah yang akan menjadi kekuatan kepada ibu  dan ayahku. akulah pengganti adikku. akulah yang akan memikul tanggungjawab yang selama ini telah dipikul oleh adikku kerana tempat aku belajar jauh dari rumah begitu juga dengan adik beradikku yang lain. mereka juga bekerja jauh dari rumah... akulah yang akan menjaga ibu dan ayahku sebaik mungkin walaupun tidak sama sepertimana adikku menjaga mereka.  ini kerana adik beradikku yang lain telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

kini, aku amat terasa kehilangannya. jika aku pulang ke rumah, aku tiada lagi teman untuk  menonton tv, aku tiada lagi teman untuk bergurau, aku tiada lagi teman untuk  bertekak, aku tiada lagi teman untuk makan bersama-sama, dan banyak lagi kenangan manis kami bersama... dialah yang sering menemani aku dalam apa jua keadaan. tapi sekarang, aku kesepian, keseorangan. namun, aku redha dengan keadaan ini. inilah  ujian yang telah ALLAH berikan kepada keluargaku. walaupun berat, kami perlu melepaskannya dengan redha dan  sentiasa mengirimkan doa buatnya.  setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


aku sangat beruntung kerana mempunyai keluarga yang penyayang dan memahami. kami sering memberi kekuatan antara satu sama lain. hubungan antara kami sangat erat walaupun berjauhan. kami saling berhubung untuk bertanya khabar dan memberi nasihat serta semangat antara adik beradik. 

adik, aku amat merinduimu. kau pergi dalam usia yang muda. hanya doa yang mampu ku kirimkan. semoga kau tenang di sana. semoga kau bahagia disana. 





                                                   AL-FATIHAH......
inilah gambar terakhir arwah yang terahhir yg dihantar kepadaku melalui mms untuk menyiapkan assignmentku.... 

Saturday, April 30, 2011

RiNdU kAmOo.....

Assalamualaikum semua.........

ermmmm, ari ni sy sgt merindui bez frenz sy. NORHAMIZA BINTI MAZANAN..... kami sering berkongsi kisah suka dan duka bersama-sama. sukar untuk sy mendapat sahabat sepertinya. dia seorang yang tidak lokek ilmu, dan sngat baik . dia juga seorang yang tabah dan sering memberi semangat kepada kawan-kawan untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan ini. terlalu banyak kenangan saya bersamanya. dan yang paling penting, sejak bersahabat dengan dia, saya semakin mendekatkn diri dengan ALLAH. terima kasih sahabat......

saya suka tengok dia senyum. manis orangnya.... sentiasa ceria...... comel sangat. hehehe........ kalw da masa lapang terutama hari minggu, kitorang suka muhasabah diri sama-sama, wat demo shawl sama-sama, wat demo make up sama-sama,(dalam bilik jew)hehehehe.........

yang paling kawan sy ni suka ialah tengok cita korea. habis suma cita korea dia tengok smpai sy pon berjangkit. asyk nk tgok cita korea ja. huhuhuhu.............. kitorang suka kuar jalan-jalan, pegi shopink (biasa la pompuan.) kitorang jugak da hobi yang sm iaitu suka try mknn kat mana-mana tempat yang kitorang x penah masuk dan try mknn yg x penah mkn. yg ni memang kitorang suka wat. hakhakhak....... 

tapi sekarang dia dah keje. tinggal la sy kat dorm ni bersama adik-adik junior. walaupun adik-adik ni sangat bez tapi sy masih terasa sunyi tanpanya... sunyi ja dorm ni bila dia xda. dah tak da kawan nk kongsi cita mcm dulu. tp kesian dia walaupun dah keje dia sentiasa di uji dengan pelbagai cubaan. saya harap dia tabah menghadapi semua ujian daripada ALLAH.

WALAUPUN KITA BERJAUHAN NAMUN KITA MASIH DAPAT SELALU BERHUBUNG. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI SAHABATKU. TERIMA KASIH KERANA SERING MENASIHATIKU. TERIMA KASIH KERANA SENTIASA MENYOKONGKU DARI BELAKANG. SEMOGA ALLAH MEMBERI CAHAYA KEBAHAGIAAN KEPADAMU. SEMOGA KAMU SENTIASA HEPI DAN SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI DUGAAN HIDUP INI..... SEMOGA PERSAHABATAN INI BERKEKALAN. INSYAALLAH............

ni lah gmbr kitorang yg telah di edit. huhu.....

p/s: hargailah sahabat anda.

Sunday, March 20, 2011

mOoD kAwEn,,,,,,,,,,

hye korannngg....... assalamualaikum.......

hari ni sy masih lg dalam mood kawen. (ntah pa pe kn) huhu.....
hari ni pon byk bnd yg sy blaja. jom sm2 kta bc apa yang sy dapat ari nie....

KESIHATAN
~ kesihatan bermaksud sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. 

~untuk hidup sihat kita perlu mengawal pemakanan, jauhi seks rambang, persekitaran yang sihat, jauhi arak, jauhi rokok, bersenam dan lain-lain.

~HIV- hanya hidup dalam tubuh manusia SAHAJA. ianya sangat aktif dalam air mani, cecair faraj dan darah. penyakit HIV tidak mempunyai ubat untuk sembuh. 

~ibu yang melahirkan bayi perlu memberi susu ibu kepada anaknya. khasiat susu ibu ialah memberi rangsangan kepada otak bayi lebih pantas. EQ juga lebih  stabil. (kpd para ibu dan bakal2 ibu jgn bg susu lembu kat anak ye. susu ibu lbh byk khasiat berbanding susu lain k.)

PENGURUSAN KEWANGAN DAN MASA.

~Kawal perbelanjaan keluarga.(tp jgn kedekut plak ye)
       *tahu sumber pendapatan.
       *tahu aliran wang
       *elakkan pembaziran

~mengurus kewangan sebagai ibadah

~menjadi pengguna yang baik

~menyimpan untuk masa depan. 

~catat perbelanjaan

~merancang perbelanjaan keluarga.


KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

~Komunikasi berkesan: #matlamat yang baik
                                    #mesej yang jelas
                                    #menggunakan cara hikmah dan bijaksana

~antara faktor yg merosakkan komunikasi.: 
                                   @prasangka buruk terhadap pasangan.
                                  @mengungkit, menyakiti, atau bangga diri. 
                                   @mencari kesalahan pasangan
                                  @terlalu cemburu
                                   @ego dan sensitif
                                   @dan lain-lain.

~ perkataan yang patut dalam komunikasi: 
                                +ucapan salam
                                 +ucapan sayang
                                +ucapan tolong
                                +ucapan terima kasih
                                 +ucapan insyaALLAH
                                +ucapan maaf
                                +berdoa untuk kesejahteraan bersama.

PENGURUSAN STRESS DAN KONFLIK

~Bila kita mempunyai masalah, baru kita taw sejauh mana kita  mampu bertahan.

~bila kita berhadapan dengan masalah, baru kita taw sifat sebenar pasangan menangani masalah.

~tenang dalam menghadapi konflik

~solat mengajar kita membuat perancangan yang baik

~pasangan mesti menjalankan tanggungjawab dengan baik.

~menghargai pasanagn

~saling memberi

~saling memahami

~saling memaafkan



ok lah, itu saja yg mampu saya kongsi. selebihnya anda kena cari sniri k. apa yg saya tulis ni tak detail. 
dengan itu, tamatlah kursus kawen saya pada ari ni. saya dah dapat sijil kawen. bez sangat. (mcm xsbr je nk kawen kn?). byk info yg sy dapat melalui kursus ni. masih banyak yg saya kena blaja. sama2 la kita blaja ye. huhuhu........


bye smuaaaa...........

jgn jelez dengan sy ye. hehehe............

selamat semuanyaaa........

Saturday, March 19, 2011

kAwEn????????

assalamualaikum. 
Hye smuaaaaa....
korang dah senyum ke ari ni? 
meh kite senyum dlu.... :-)


Haaaa, jgn tekejut dgn tajuk kali ni ye. bc smbil senyum and berangan k. hehehehe.........

hari ni sy pegi kursus kawen. so, nk kongsi dengan korang la cket kn....
mcm x caya ja cek p kursus kawen. hahaha..........
sy xnk gtaw korang byk2. kalw korang nk taw lebih lanjut, ekau kono la poei sniri k.


TAHUKAH ANDA????? (ntah2 bie sorang je yg bru taw pasal nie(^_@))

# time cinta- mesti jaga adab dan mesti pulang ke rumah sebelum pkul 7 mlam sebab manusia terlalu mudah menghampiri maksiat pada waktu malam. *fikirkan*

# rahsia rumahtangga harmoni- mesti solat berjemaah. jika tidak dapat dapat buat 5 waktu, pastikan dalam sehari 1waktu solat anda berjemaah bersama keluarga..

# zikir "ya wadud"- sblm nikah zikir sebanyak 500 kali, slps akad nikah 500 kali supaya perjalanan rumah tangga baik. kalau boleh, ajak mak ayah skali zikir. untuk pulihkan keadaan jika menghadapi sebarang masalah rumahtangga berzikirlah sebanyak 1000 kali. caranya: alfatihah, istighfar, zikir(ya wadud)......

# rahmat ALLAH- kesusahan dan kesenangan yang kita dapat merupakan rahmat daripada ALLAH. *so, jgn mengeluh k. renungkan*

# seorang isteri yang mengejutkan cik suami solat subuh, 50 tahun awal akan msuk syurga. *ni yg puan isteri paling suka buat*

# suami tak da dosa dengan istri tp ada dosa dengan ALLAH. *urmmm, cm na tu? jgn lpa tnya ustaz or ustazah k kalw anda x faham.*

# sesuatu yang sunat akan menjadi wajib jika kita berniat. *contohnya, kita nk bc alfatihah 10 kali jika anak kita berjaya melakukan sesuatu. bila anak kita berjaya, kita wajib membaca al-fatihah 10 kali.*

# 3 tanda keberkatan seorang wanita- 1:murah mahar. 2:cepat kawen. 3:anak ramai....

# perbezaan yang terdapat antara pasangan jika di harmonikan akan mencipta kebahagiaan. 

# kena saling bermaafan.

# rasa tanggungjawab dan amanah merupakan kekutan dalam rumahtangga selain dari rasa cinta.

# sesiapa yang mendirikan solat umpama sedang mendirikan kehidupan TAPI jika meninggalkan solat umpama sedang meruntuhkan kehidupan. *solat membentuk peribadi*

# matlamat perkahwinan- 1:ketenangan. 2:kasih sayang. 3:belas ihsan. 4:hidup mesra.

SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUAAAAA...............
hehehehehe................. 

BERSAMBUNG ESOK..........

Thursday, March 17, 2011

update

Assalamualaikuuummm.......

Dah lm x update blog. Hari-hari yang dilalui terlalu sibuk membuatkan diriku tidak sempat untuk meluangkan masa dengan blog ksygn ini.... cewahhh, sejak bila pandai berkata-kata neh? hehehe......

Hari ni nk tulis tentang perkara2 yang terjadi selama tidak membuka blog.
1-wat assignment
2-assigment jugak
3-masih lg wat assignment.

Hehehehehehe, sumanya sebab wat assigment ja.
kat sini, bie nk tekankan bahawa bie amat suka wat assigment sem ni walaupon dah sem last sebab ianya amat bermakna bagiku. Ianya mengajar diriku untuk membuat strategi yang lebih baik pd ms akn datang n lebih berhati-hati bekerja dengan orang yang berjawatan tinggi dan gila kuasa. Huh, jenuh nk mlayan karenah dorang ni. i hate it!!!!

Lupakan mereka yang mengada-ngada tu. Kita layan perkara yang comel-comel plak. So, korang kena baca dengan gaya yg comel la jugak. kihkihkih.....

Tp yg paling bie suka assigment kali ni mengajar bie cara untuk menarik perhatian anak murid ketika melakukan aktiviti luar. Murid-muridku sangat  comel..... Tambah lagi, apabila dipanggil "CIKGU". Sangat terharu dengan panggilan itu. Tak sabar rasanya nk mengajar di prasekolah. Bie dgn kawan2 telah berjaya membuat satu program besar (tp xlah besar mana) di salah sebuah prasekolah yang terletak berdekatan dengan kolej.

Rupanya, bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang disayangi dan bukan mudah juga untuk memikul tanggungjawab yang berat ini. Namun, bie akn sentiasa mencuba dan memberikan yang terbaik untuk murid2 bie pada masa akan datang. inilah azam baruku......


macam wat karangan zaman sekolah dulu la plak. layan je lah karangn yang x macam karangan sangat nie. huahuahua........

dah letih menaip. byeee semuaaaa
assalamualaikum....