About Me

My photo
nm yang di beri oleh mak n ayah tersayang ialah NORKHALBI BINTI HASHIM. pngl BIE je k... sy asal KEDAH. sy ni simple jer orangnye.... biase2 jer.... huhu.... yg penting sy ni suke sgt MAKAN.... (^_@)

Sunday, March 20, 2011

mOoD kAwEn,,,,,,,,,,

hye korannngg....... assalamualaikum.......

hari ni sy masih lg dalam mood kawen. (ntah pa pe kn) huhu.....
hari ni pon byk bnd yg sy blaja. jom sm2 kta bc apa yang sy dapat ari nie....

KESIHATAN
~ kesihatan bermaksud sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. 

~untuk hidup sihat kita perlu mengawal pemakanan, jauhi seks rambang, persekitaran yang sihat, jauhi arak, jauhi rokok, bersenam dan lain-lain.

~HIV- hanya hidup dalam tubuh manusia SAHAJA. ianya sangat aktif dalam air mani, cecair faraj dan darah. penyakit HIV tidak mempunyai ubat untuk sembuh. 

~ibu yang melahirkan bayi perlu memberi susu ibu kepada anaknya. khasiat susu ibu ialah memberi rangsangan kepada otak bayi lebih pantas. EQ juga lebih  stabil. (kpd para ibu dan bakal2 ibu jgn bg susu lembu kat anak ye. susu ibu lbh byk khasiat berbanding susu lain k.)

PENGURUSAN KEWANGAN DAN MASA.

~Kawal perbelanjaan keluarga.(tp jgn kedekut plak ye)
       *tahu sumber pendapatan.
       *tahu aliran wang
       *elakkan pembaziran

~mengurus kewangan sebagai ibadah

~menjadi pengguna yang baik

~menyimpan untuk masa depan. 

~catat perbelanjaan

~merancang perbelanjaan keluarga.


KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

~Komunikasi berkesan: #matlamat yang baik
                                    #mesej yang jelas
                                    #menggunakan cara hikmah dan bijaksana

~antara faktor yg merosakkan komunikasi.: 
                                   @prasangka buruk terhadap pasangan.
                                  @mengungkit, menyakiti, atau bangga diri. 
                                   @mencari kesalahan pasangan
                                  @terlalu cemburu
                                   @ego dan sensitif
                                   @dan lain-lain.

~ perkataan yang patut dalam komunikasi: 
                                +ucapan salam
                                 +ucapan sayang
                                +ucapan tolong
                                +ucapan terima kasih
                                 +ucapan insyaALLAH
                                +ucapan maaf
                                +berdoa untuk kesejahteraan bersama.

PENGURUSAN STRESS DAN KONFLIK

~Bila kita mempunyai masalah, baru kita taw sejauh mana kita  mampu bertahan.

~bila kita berhadapan dengan masalah, baru kita taw sifat sebenar pasangan menangani masalah.

~tenang dalam menghadapi konflik

~solat mengajar kita membuat perancangan yang baik

~pasangan mesti menjalankan tanggungjawab dengan baik.

~menghargai pasanagn

~saling memberi

~saling memahami

~saling memaafkan



ok lah, itu saja yg mampu saya kongsi. selebihnya anda kena cari sniri k. apa yg saya tulis ni tak detail. 
dengan itu, tamatlah kursus kawen saya pada ari ni. saya dah dapat sijil kawen. bez sangat. (mcm xsbr je nk kawen kn?). byk info yg sy dapat melalui kursus ni. masih banyak yg saya kena blaja. sama2 la kita blaja ye. huhuhu........


bye smuaaaa...........

jgn jelez dengan sy ye. hehehe............

selamat semuanyaaa........

3 comments:

  1. assalamualaikum....abg pon dalam mood kawen jugak..

    ReplyDelete
  2. betul2....kita perlu banyak belajar lg....syg... hidup berumah tangga nie...bukan untuk sehari dua aje....kan....marilah kita sama2 cari ilmu... untuk masa depan kita....

    ReplyDelete
  3. Akak dalam mood men-refresh,sbb lbh sedekad, beginilaaa... alhamdulillah. Tahniah bie!

    ReplyDelete