About Me

My photo
nm yang di beri oleh mak n ayah tersayang ialah NORKHALBI BINTI HASHIM. pngl BIE je k... sy asal KEDAH. sy ni simple jer orangnye.... biase2 jer.... huhu.... yg penting sy ni suke sgt MAKAN.... (^_@)

Saturday, January 22, 2011

BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus Baca~

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

 "Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

  Kita orang melayu time nak tunang dok bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe……….

6 comments:

  1. sy bukan mahu menidakkan apa yg telah diperkatakan cume cara pertunangan kita berbeza mengikut uruf yakni keadaan setempat dan jgn la pula kita mempertikai adat kerana adat itu boleh menjadi hujah syarie bila mana tidak ada dalil yg mengatakan ia haram. cume berbeza dimalaysia kerana adat pertunagan berbeza dgn negara diluar sana,

    ada hadith yg menyebut mafhumnya" jika disisi org muslim itu baik maka disisi allah itu juga baik" maka disini sistem adat kebiasaan menjadi satu simbol kebaikan dlm islam cume yg menjadi makruh bila mana ia bersifat pembaziran. dan disini yg menjadi permasalahan dimalaysia suke membazir dlm perkara2 yg tidak septutnya.

    berbalik hukum pertunagan perlu kita ketahui bapa adalah wali mujbir kita dan berhak untuk menentukan masa depan kita dan aula jika kita mendapat kan persetujuan dr nya kerana belum tentu apa yg kita suke die akan menerima. islam itu indah jika ade perbincangan. dan khitbah atau tunangan itu itu bila seseorang dtg bertemu wali untuk meminang si gadis dan cara ini lebih mulia disisi islam kerana melibatkan wali.

    ketahuilah setiap perempuan itu ade ahya'u yak ni sifat kemaluan dan tidak manis jika kita mengandaikan tunangan itu dengan kita sendiri menerimanya tanpa kita melibatkan keluarga dlm satu majlis. ini disudut akal.

    ‘Aisyah radhiallahu ‘anha bahwa beliau berkata : “Ya Rasulullah, sesungguhnya gadis itu akan malu”, maka beliau bersabda:

    “Ridhanya ialah diamnya” HR Bukhori dan Muslim


    Adapun kesepakatan wali dari pihak wanita itu merupakan perkara yang harus dan merupakan syarat dalam nikah menurut jumhur ulama karena jelasnya hadits dari Nabi r yang bersabda :

    “Tidak ada nikah kecuali dengan wali” HR Ahmad dan Ashhabus Sunan

    Dan jumhur mengambil dalil atas syarat ridhanya wali dengan firman Allah SWT :

    “Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kawin lagi dengan bakal suaminya” Al-Baqarah : 232

    oleh itu, dengan perkara diaats wanita masih lagi belum menjadi tunangan orang jika tidak mengikut syariat islam, dan kaedah diaats seperti kaedah yg dilakukan oleh agama kristian.

    waallam..

    ReplyDelete
  2. As-salam...

    MasyaAllah, respond yg sangat ilmiah dari saudara Adam... terima kasih, jahilnya diri terasa disisi Tuhan yg satu...begitu luas Ilmu Tuhan yang satu.

    saudari Khalbi =) , tq for shared... stiap kalam diperkatakan saudari saya simpulkan ia adalah kalam Ustaz Azhar... sgt berilmiah... terima kasih.


    utk berkata-kata tentang Islam, tidak lah diri ini Maha Mengetahui, apatah lagi diri ini sangat cetek sungguh pengetahuan Islamnya.

    cuma ingin berkongsi pendapat, tentang pengetahuan yang masing2 sedia maqlum...

    pertama: soal khitbah (meminang@pinangan).
    kedua: soal Nikah (perkahwinan)

    1. Nikah: akad yg memhalalkan hubungan jenis antara lelaki dan wanita. (atau dgn pelbagai kata-kata lain yg membawa pengertian yg sama)

    hukum nikah:wajib,haram,makruh,sunat,harus.. saya yakin saudara/i lebih mengetahui..
    Dalil nikah: Al-Quran: an-Nisa':3, al-Hadith: hadith berkaitan 3 org sahabat. saya yakin saudara/i lebih mengetahui..
    Rukun Nikah:saya yakin saudara/i lebih mengetahui..

    Syarat sah Nikah:
    syarat suami
    syarat isteri
    syarat wali
    syarat saksi
    syarat Ijab & qabul...saya yakin saudara/i lebih mengetahui...

    perkara-perkara yg mebatalkan nikah:saya yakin saudara/i lebih mengetahui...


    2. khitbah: permintaan @ pernyataan utk mengahwini seseorg.(atau dgn pelbagai kata-kata lain yg membawa pengertian yg sama)


    hukum: sunat. saya yakin saudara/i lebih mengetahui...

    rukun:
    perempuan
    lelaki
    lafaz
    redha...

    serta banyak lagi perkara-perkara berkaitan konsep pertunangan.

    ReplyDelete
  3. pendapat saya, antara nikah dan khitbah, satu konsep yang saling melengkapi satu sama lain.. namun konteks nya sgt berbeza... misalnya pada rukun dan hukum masing-masing...


    minta maaf saya mencuba,

    kalam ukhti Khalbi berlandaskan konsep khitbah.
    manakala akhiy adam berkalam atas landasan konsep nikah.

    masing-masing benar kerana masing-masing bercakap atas konteks yang berbeza...

    misalnya kalam akhiy; maaf saya memetik ye,


    "berbalik hukum pertunangan perlu kita ketahui bapa adalah wali mujbir kita dan berhak untuk menentukan masa depan kita dan aula jika kita mendapat kan persetujuan dr nya kerana belum tentu apa yg kita suke die akan menerima. islam itu indah jika ade perbincangan. dan khitbah atau tunangan itu itu bila seseorang dtg bertemu wali untuk meminang si gadis dan cara ini lebih mulia disisi islam kerana melibatkan wali."


    sangat indah seni yang Islam terapkan, ta'ajub bila menyedari hakikat Ilmu Tuhan...

    penjelasan tentang rukun keduanya: 'wali' menjadi rukun terjadinya nikah, namun dalam konteks khitbah, 'wali' tidak menjadi rukun sekiranya, seseorang gadis itu, atau janda itu waras, baligh dan mampu membuat penilaian sendiri (bijak) meskipun gadis itu masih dalam tanggungjwb bapa. jika gadis itu menerima 'lamaran' tersebut, khitbah tetap terjadi walaupun tanpa bapa mengetahui... hal ini disisi jumhur ulama...


    tetapi Tuhan itu maha kaya, dicantikkan lagi seni Islam dengan ("uruf @ adat yg x bertentangan dgn syarak boleh dijadikan hukum") sgt indahnya Islam... hal ini disisi fukahak.


    hukum "terjadinya khitbah" yg ditetapkan jumhur boleh dikombinasikan dengan 'adat' yg tidak bertentangan syarak itu...

    dengan kalam mudah;

    pertunangan tetap terjadi jika gadis tersebut menerima lamaran lelaki, TETAPI... 'adat' perlunya pengetahuan keluarga terlebih dahulu itu juga boleh dijadikan hukum, sebab adat itu tidak bertentangan dgn Islam, dan memberi banyak faedah pada masyarakat...

    jika dgn hanya melafaz: maaf saya memetik kalam ukhti Khalbi,

    "lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
    Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.


    maka parahlah masyarakat Islam kini, yang sudah tenat dgn arus cinta-cintun, lafaz janji2 manis, maka semakin ramailah tunangan orang... masalah lain akan muncul pula jika lelaki tersebut, melafazkan "i nak u jadi orang rumah i" dilafaznya pada 100 orang gadis dan kesemuanya terima "i will", semua itu jadi tunangnya... maka akhirnya Hukum Islam akan tergugat kerelevanannya...

    maaf, bukan saya mempertikaikan Ustaz Azhar, tidak layak bagi seorang murid sehina ini argue pendapat al-Ustadz yg besar, cuma saya bercakap sebagai seorang orang awam yang dapat mengesan hal tersebut... Ijtihad Ulama, jika benar akan perolehi 2 pahala, dan jia salah sekalipun seterusnya diperbetulan, masih didalam Rahmah Allah SWT...

    oleh itu, cuma pendapat kosong dari saya sebagai orang Islam yang awam, yang masih jahil pengetahuan agama-NYA... eloklah kita yang awam, pegang bahawa, kalau nak minang, pergi lah jumpa mak ayah terlebih dahulu,walaupun tidak salah tunang tanpa pengetahuan mak ayah, dan sah disisi Hukum jumhur... tetapi "adat" kita yang menitik beratkan penghormatan kepada orang tua, orang yang mendidik dan memelihara kita sehingga besar panjang, juga tidak salah disisi syarak... betunanglah cara elok...

    Jika ada yang cakap "i love u, i'll marry u"...

    maka sebagai wanita, cukup la menganggap tu hanyalah appreciate utk hubungan kalian... bukan bermaksud minang, kerana org yg lafaz tu, jahil berkaitan hal tersebut, jika dia 'alim, dia tidak akan lafazkan sewenang-wenangnya...


    terima kasih kepada saudara Adam dan Saudari Khalbi yg sudi berkongsi... Semoga Allah rahmati kalian...

    ReplyDelete
  4. andai ada kalam yang guriskan hati, saya hamba Tuhan... minta maaf...

    ReplyDelete
  5. syukran kepada anda berdua yg sudi memberi pendapat. dengan adanya pendapat dari anda, dapatlah saya menambah ilmu yg x seberapa di dada ini...... tima kash krn share ilmu yang bermanfaat ini.....

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete