About Me

My photo
nm yang di beri oleh mak n ayah tersayang ialah NORKHALBI BINTI HASHIM. pngl BIE je k... sy asal KEDAH. sy ni simple jer orangnye.... biase2 jer.... huhu.... yg penting sy ni suke sgt MAKAN.... (^_@)

Thursday, June 9, 2011

4 mei 2011

pada 4mei 2011, hari rabu selepas azan asar, aku  telah dikejutkan dengan  satu panggilan . aku telah menerima suatu berita yang tidak disangka-sangka. selepas mendapat panggilan tersebut,  aku terus pulang ke rumah. perjalananku dirasakan sangat jauh. dari seremban ke kedah mengambil masa 7 jam. 

aku tiba di rumah pada pukul 7 pagi. setibanya aku dirumah, aku terus memeluk kakakku yang berada disebelah adikku. aku hanya mampu melihat adikku yang terbujur kaku di tempat yang telah disediakan. badannya sejuk sekali. aku sempat mencium dahinya. amat sedih ketika ini namun aku perlu kuat untuk menghadapi semua ini. 

kemudian, aku mencari ibu dan ayahku. mereka berada di bilik. apabila aku masuk ke bilik,  ayah dan ibuku terus memelukku. mereka juga sedang bersedih. selepas ini, akulah yang akan menjadi kekuatan kepada ibu  dan ayahku. akulah pengganti adikku. akulah yang akan memikul tanggungjawab yang selama ini telah dipikul oleh adikku kerana tempat aku belajar jauh dari rumah begitu juga dengan adik beradikku yang lain. mereka juga bekerja jauh dari rumah... akulah yang akan menjaga ibu dan ayahku sebaik mungkin walaupun tidak sama sepertimana adikku menjaga mereka.  ini kerana adik beradikku yang lain telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

kini, aku amat terasa kehilangannya. jika aku pulang ke rumah, aku tiada lagi teman untuk  menonton tv, aku tiada lagi teman untuk bergurau, aku tiada lagi teman untuk  bertekak, aku tiada lagi teman untuk makan bersama-sama, dan banyak lagi kenangan manis kami bersama... dialah yang sering menemani aku dalam apa jua keadaan. tapi sekarang, aku kesepian, keseorangan. namun, aku redha dengan keadaan ini. inilah  ujian yang telah ALLAH berikan kepada keluargaku. walaupun berat, kami perlu melepaskannya dengan redha dan  sentiasa mengirimkan doa buatnya.  setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


aku sangat beruntung kerana mempunyai keluarga yang penyayang dan memahami. kami sering memberi kekuatan antara satu sama lain. hubungan antara kami sangat erat walaupun berjauhan. kami saling berhubung untuk bertanya khabar dan memberi nasihat serta semangat antara adik beradik. 

adik, aku amat merinduimu. kau pergi dalam usia yang muda. hanya doa yang mampu ku kirimkan. semoga kau tenang di sana. semoga kau bahagia disana. 





                                                   AL-FATIHAH......
inilah gambar terakhir arwah yang terahhir yg dihantar kepadaku melalui mms untuk menyiapkan assignmentku....