About Me

My photo
nm yang di beri oleh mak n ayah tersayang ialah NORKHALBI BINTI HASHIM. pngl BIE je k... sy asal KEDAH. sy ni simple jer orangnye.... biase2 jer.... huhu.... yg penting sy ni suke sgt MAKAN.... (^_@)

Sunday, March 20, 2011

mOoD kAwEn,,,,,,,,,,

hye korannngg....... assalamualaikum.......

hari ni sy masih lg dalam mood kawen. (ntah pa pe kn) huhu.....
hari ni pon byk bnd yg sy blaja. jom sm2 kta bc apa yang sy dapat ari nie....

KESIHATAN
~ kesihatan bermaksud sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. 

~untuk hidup sihat kita perlu mengawal pemakanan, jauhi seks rambang, persekitaran yang sihat, jauhi arak, jauhi rokok, bersenam dan lain-lain.

~HIV- hanya hidup dalam tubuh manusia SAHAJA. ianya sangat aktif dalam air mani, cecair faraj dan darah. penyakit HIV tidak mempunyai ubat untuk sembuh. 

~ibu yang melahirkan bayi perlu memberi susu ibu kepada anaknya. khasiat susu ibu ialah memberi rangsangan kepada otak bayi lebih pantas. EQ juga lebih  stabil. (kpd para ibu dan bakal2 ibu jgn bg susu lembu kat anak ye. susu ibu lbh byk khasiat berbanding susu lain k.)

PENGURUSAN KEWANGAN DAN MASA.

~Kawal perbelanjaan keluarga.(tp jgn kedekut plak ye)
       *tahu sumber pendapatan.
       *tahu aliran wang
       *elakkan pembaziran

~mengurus kewangan sebagai ibadah

~menjadi pengguna yang baik

~menyimpan untuk masa depan. 

~catat perbelanjaan

~merancang perbelanjaan keluarga.


KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

~Komunikasi berkesan: #matlamat yang baik
                                    #mesej yang jelas
                                    #menggunakan cara hikmah dan bijaksana

~antara faktor yg merosakkan komunikasi.: 
                                   @prasangka buruk terhadap pasangan.
                                  @mengungkit, menyakiti, atau bangga diri. 
                                   @mencari kesalahan pasangan
                                  @terlalu cemburu
                                   @ego dan sensitif
                                   @dan lain-lain.

~ perkataan yang patut dalam komunikasi: 
                                +ucapan salam
                                 +ucapan sayang
                                +ucapan tolong
                                +ucapan terima kasih
                                 +ucapan insyaALLAH
                                +ucapan maaf
                                +berdoa untuk kesejahteraan bersama.

PENGURUSAN STRESS DAN KONFLIK

~Bila kita mempunyai masalah, baru kita taw sejauh mana kita  mampu bertahan.

~bila kita berhadapan dengan masalah, baru kita taw sifat sebenar pasangan menangani masalah.

~tenang dalam menghadapi konflik

~solat mengajar kita membuat perancangan yang baik

~pasangan mesti menjalankan tanggungjawab dengan baik.

~menghargai pasanagn

~saling memberi

~saling memahami

~saling memaafkan



ok lah, itu saja yg mampu saya kongsi. selebihnya anda kena cari sniri k. apa yg saya tulis ni tak detail. 
dengan itu, tamatlah kursus kawen saya pada ari ni. saya dah dapat sijil kawen. bez sangat. (mcm xsbr je nk kawen kn?). byk info yg sy dapat melalui kursus ni. masih banyak yg saya kena blaja. sama2 la kita blaja ye. huhuhu........


bye smuaaaa...........

jgn jelez dengan sy ye. hehehe............

selamat semuanyaaa........

Saturday, March 19, 2011

kAwEn????????

assalamualaikum. 
Hye smuaaaaa....
korang dah senyum ke ari ni? 
meh kite senyum dlu.... :-)


Haaaa, jgn tekejut dgn tajuk kali ni ye. bc smbil senyum and berangan k. hehehehe.........

hari ni sy pegi kursus kawen. so, nk kongsi dengan korang la cket kn....
mcm x caya ja cek p kursus kawen. hahaha..........
sy xnk gtaw korang byk2. kalw korang nk taw lebih lanjut, ekau kono la poei sniri k.


TAHUKAH ANDA????? (ntah2 bie sorang je yg bru taw pasal nie(^_@))

# time cinta- mesti jaga adab dan mesti pulang ke rumah sebelum pkul 7 mlam sebab manusia terlalu mudah menghampiri maksiat pada waktu malam. *fikirkan*

# rahsia rumahtangga harmoni- mesti solat berjemaah. jika tidak dapat dapat buat 5 waktu, pastikan dalam sehari 1waktu solat anda berjemaah bersama keluarga..

# zikir "ya wadud"- sblm nikah zikir sebanyak 500 kali, slps akad nikah 500 kali supaya perjalanan rumah tangga baik. kalau boleh, ajak mak ayah skali zikir. untuk pulihkan keadaan jika menghadapi sebarang masalah rumahtangga berzikirlah sebanyak 1000 kali. caranya: alfatihah, istighfar, zikir(ya wadud)......

# rahmat ALLAH- kesusahan dan kesenangan yang kita dapat merupakan rahmat daripada ALLAH. *so, jgn mengeluh k. renungkan*

# seorang isteri yang mengejutkan cik suami solat subuh, 50 tahun awal akan msuk syurga. *ni yg puan isteri paling suka buat*

# suami tak da dosa dengan istri tp ada dosa dengan ALLAH. *urmmm, cm na tu? jgn lpa tnya ustaz or ustazah k kalw anda x faham.*

# sesuatu yang sunat akan menjadi wajib jika kita berniat. *contohnya, kita nk bc alfatihah 10 kali jika anak kita berjaya melakukan sesuatu. bila anak kita berjaya, kita wajib membaca al-fatihah 10 kali.*

# 3 tanda keberkatan seorang wanita- 1:murah mahar. 2:cepat kawen. 3:anak ramai....

# perbezaan yang terdapat antara pasangan jika di harmonikan akan mencipta kebahagiaan. 

# kena saling bermaafan.

# rasa tanggungjawab dan amanah merupakan kekutan dalam rumahtangga selain dari rasa cinta.

# sesiapa yang mendirikan solat umpama sedang mendirikan kehidupan TAPI jika meninggalkan solat umpama sedang meruntuhkan kehidupan. *solat membentuk peribadi*

# matlamat perkahwinan- 1:ketenangan. 2:kasih sayang. 3:belas ihsan. 4:hidup mesra.

SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUAAAAA...............
hehehehehe................. 

BERSAMBUNG ESOK..........

Thursday, March 17, 2011

update

Assalamualaikuuummm.......

Dah lm x update blog. Hari-hari yang dilalui terlalu sibuk membuatkan diriku tidak sempat untuk meluangkan masa dengan blog ksygn ini.... cewahhh, sejak bila pandai berkata-kata neh? hehehe......

Hari ni nk tulis tentang perkara2 yang terjadi selama tidak membuka blog.
1-wat assignment
2-assigment jugak
3-masih lg wat assignment.

Hehehehehehe, sumanya sebab wat assigment ja.
kat sini, bie nk tekankan bahawa bie amat suka wat assigment sem ni walaupon dah sem last sebab ianya amat bermakna bagiku. Ianya mengajar diriku untuk membuat strategi yang lebih baik pd ms akn datang n lebih berhati-hati bekerja dengan orang yang berjawatan tinggi dan gila kuasa. Huh, jenuh nk mlayan karenah dorang ni. i hate it!!!!

Lupakan mereka yang mengada-ngada tu. Kita layan perkara yang comel-comel plak. So, korang kena baca dengan gaya yg comel la jugak. kihkihkih.....

Tp yg paling bie suka assigment kali ni mengajar bie cara untuk menarik perhatian anak murid ketika melakukan aktiviti luar. Murid-muridku sangat  comel..... Tambah lagi, apabila dipanggil "CIKGU". Sangat terharu dengan panggilan itu. Tak sabar rasanya nk mengajar di prasekolah. Bie dgn kawan2 telah berjaya membuat satu program besar (tp xlah besar mana) di salah sebuah prasekolah yang terletak berdekatan dengan kolej.

Rupanya, bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang disayangi dan bukan mudah juga untuk memikul tanggungjawab yang berat ini. Namun, bie akn sentiasa mencuba dan memberikan yang terbaik untuk murid2 bie pada masa akan datang. inilah azam baruku......


macam wat karangan zaman sekolah dulu la plak. layan je lah karangn yang x macam karangan sangat nie. huahuahua........

dah letih menaip. byeee semuaaaa
assalamualaikum....

HARI KELUARGA

ASSIGNMENT: MENJADI GURU PRASEKOLAH BERSAMA KAWAN-KAWAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI SUKANEKA YANG SANGAT BEZ:-)

            NI LAH BANNER YANG GROUP AKU BERJAYA WAT UNTUK PROGRAM NI..... 
                      
                   AGAK BANGGA APABILA KEDUA-DUANYA DI GANTUNG. HEHE......

        PERTANDINGAN KANAK-KANAK MEMBUAT SANDWICH.
                        (Nampk roti ngan sardin jer. timun ngan salad x nmpk plak.)





NI TIME AKTIVITI BERCERITA. SKALI  NGAN IBU BAPA JOIN..

SESI PENYAMPAIAN HADIAH

 
Haaaaaaaaaa, ni lah diriku.... yang sebelah tu bkn boyfriend taw!!!!!! huhu.......
     yang sebelah sy tu lah lecturer yang akan menilai program yang group sy wat nie......

Urmmmmm, byk aktiviti yang dilakukn pd hari kluarga ni. sgt penat tp sgt bez.
 Byk lg gmbr aktiviti ni sebenarnya. Lama sgt la nk tungu gmbr ni upload. Lmbt.

setakat ni dulu laporan untuk ari nie. sekian, trima kasih.
huhuhuhuhu....................
bye semuaaaaaa, assalamualaikum.!!!